Wednesday, September 21, 2011

Mulut



Tidak dapat dinafikan setiap manusia yang lahir,
Gemar menghakimkan sesuatu dari pandangan zahir,

Tidak kira sama ada perkara yang dilakukan kita mulia,
Mahupun sebaliknya, hakim-hakim terus menjalankan kerja


Mengeluarkan kata-kata sesuka nafsu dengki iri hati
Apabila ditanya, hanya bergurau senda katanya melindungi diri

Kita mencuba sama rata untuk memuaskan hati rakan sekalian,
Dikatakan tamak rakus dan sebagainya untuk mengumpulkan teman

Apabila hati memberontak tidak dapat menerima tohmahan,
Diejek dan di ketawakan kerana mengikut emosi dikatakan,

Namun dihati timbul rasa penyesalan keinsafan tidak tertahan,
terkenang zaman lalu penuh pengalaman menjadi hakim jalanan,

Sungguh, biarkan sahaja mereka bersama tugas enteng mereka,
Kerana hakim sebenar adalah diatas sana :)

No comments: