Wednesday, June 2, 2010

Matlamat tidak menghalalkan cara


maklumlah dizaman teknologi ini
ramai orang suda mempunyai blog masing2,
ramai orang sudah mula berfikir dengan 'matang'
melahirkan pendapat masing2
mengatakan itu salah, ini salah,
semua yang salah perlu dilabelkn dan ditentang habis-habisan

jadi hal ini yang diwar-war kan oleh golongan barat sebagai 'freedom of speech'
perkara ini tidak asing dalam islam sendiri dimana,
sahabat kita sendiri merupakan cermin, cermin sesama kita,
memastikan kita tidak terpesong dari landasan yang sepatutnya.
perkara ini adalah bagus, kerana kita bersama2 memastikan semua pihak,
melakukan perkara yang betul.
termasuklah kerajaan.

sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membela nasib rakyatnya
sudah menjadi tanggungjawab polis untuk menjaga keselamatan negara
sudah menjadi tanggungjawab tentera untuk mempertahankan kedaulatan negara.
namun, siapakah yang mereka bela? mereka jaga?
sekumpulan rakyat yang x mengenang jasa?
mengkritik negara sendiri secara terbuka?
memastikan keburukan negara menjadi buah bicara?
dalam dan luar negara?
inikah cara untuk kita menjaga sesama kita?

anda masih belajar, masih menggunakan peruntukkan negara yang disalurkan oleh kerajaan kepada anda,
anda masih belum mempunyai kuasa untuk mengubah pendirian dan tingkah laku negara,
anda masih belum mempunyai tapak lagi untuk mengatakan hey pemimpin, kau salah.
jadi, untuk apakah anda menyalak memalukan kerajaan, negara, bangsa dan agama?

memang benar mereka tidak sempurna,
tidak ada kerajaan didunia sekarang ini yang sempurna,
jadi, adakah mengutuk, mencaci, menghina kerajaan dapat memulihkan keadaan?

dan apabila seorang mahasiswa pernah menyatakan ketidakpuasan kepada kerajaan didepan muka seorang pemimpin pada suatu ketika dahulu di universiti malaya, pemimpin tersebut tersenyum, lalu berkata,

"saudara masih belajar, habiskan belajar dahulu,selepas itu, jika mahu tentang, maka tentanglah"

jawab beliau yang masih disanjungi walaupn sudah bersara.

jadi, tanpa tapak dan juga laluan yang betul, untuk apakah anda menyalak di laman media ?
mencari publisiti murahan kah? atau mahu melepaskan dendam kah?
ataupn sudah termakan hasutan sesiapakah?
untuk apa saudara menentang sesama bangsa dan agama?
apakah kata rakan2 kita yang berada di singapura, indonesia dan sebagainya?
tidak malukah?

jika disebut tentang duit kerajaan yang diberikan sebagai biasiswa kepada pelajar.
ya, itu semua sememangnya duit rakyat, tetapi dari sumber apakah duit itu smpai kepada anda?
dari ayah anda kah? dari rakan2 anda kah?
jadi untuk apa anda mengigit tangan yang memberikan anda makanan?
apakah akan jadi jika kerajan yang dikatakan 'kejam' ini, mengalihkan peruntukan daripada anda, kepada golongan miskin di Malaysia?
mampukah anda berdiri sendiri?

ya, seseparuh mereka melakukan perkara yang terkutuk,
namun, ini kah caranya?
memalukan negara?
fikirlah sendiri wahai golongan yang matang berbicara

Tuesday, June 1, 2010

FenoMenA

sudah menjadi perkara biasa untuk mereka yang mempunyai facebook untuk melihat iklan-iklan unik seperti
'Buat duit sehari Rm100'
'Jadi kaya dalam masa sebulan'
'duit hari2 masuk'

dan muncullah gambar2 seperti


dan sebagainya,

tidak diketahui oleh penulis bagaimana cara mereka ini memperolehi wang sebegitu,
namun hendaknya halal lah,
dan semoga perkara sebegini dapat mendorong masyarakat melayu khususnya untuk menceburi bidang perusahawanan. dan diharapkn dapatlah mereka menyaingi kaum cina yang sememangnya sudah lama menjadikan perusahawanan sebagai periuk nasi mereka, amin

tetapi sahabat, Duit bukan berguna untuk selamanya :)