Sunday, April 3, 2011

Ini masih bukan kawasan impianku

kini, aku berada di kawasan yang cantik namun tegang
dikelumpuk sahabat2 yang baik namun sungguh renggang
mengembleng tenaga dan perhatian masing2 kearah yang mendatang
tanpa merasakan berhak untuk merasa senang lenang bersuka sekarang

ya, segalanya dipandang diukur pada pencapaian,
masing2 memandang hormat seseorang itu pada jawatan dan keterampilan,
mahupun kepandaian dalam mengeluar bicarakan ayat2 keagamaan
namun tak mengapa, Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati kalian

penuh, sungguh sesak sempit hakim dikawasan ku kini
masing2 berusaha sebaik mungkin untuk memperbaiki diri sendiri
tanpa henti2 melatih diri memboikot melabel insan2 yang 'minoriti'
yang mendiamkan diri masih mahu mengenal diri untuk menggilap peribadi

sekarang apalah gunanya menyesali lagi tanpa merancang penyelesaian
membuang masa bersedihan penuh ketidakpuasan ditambah rintihan
menjaja keburukan dengan harapan dapat kembali ke kawazan pangkuan
yang dulu menjadi tempat pembinaan diri disisi kejujuran teman2

namun, kemuncak kejahilan diri tak tertanggung tak dapat dikesal lagi
selalu menguntumkan perhatian dan memberikan lafaz dikala sunyi
kepada epal2 yang jauh diatas, demi mengharapakn ia gugur tak semula jadi
hingga lafaz2 itu menyebabkan mereka menjauhkan diri sambil membenci

dahulu, kita saling menjadi rujukan rakan seperjuangan
dimana daya tumpuan tak terusik dengan perkara2 sampingan
hati ketika itu sentiasa resah kehausan ilmu, buku acapkali berdampingan
kini bertukar dengan kebosanan ilmu, hiburan sentiasa dititikberatkan

'pengaruh rakan sebaya'
itulah perkataan yang pernah ku fikir tidak akan terpedaya
namun kini ku kehilangan kecurian ketenangan hakiki kepada Nya
hilang prinsip diri, selesa mengikut telunjuk, mengejar penghargaan Sia2




6 comments:

ellejay.liyanajais said...

semakin banyak!

Rhazes said...

the more the merrier! :P

snickers said...

wow the meaning's deep :)
mcm boleh wt lirik lagu rap la :p

Anonymous said...

Hanya ingin mengatakan apa blog besar Anda tiba di sini! Saya telah sekitar untuk cukup banyak waktu, tapi akhirnya memutuskan untuk menunjukkan apresiasi saya dari pekerjaan Anda! Thumbs up, dan tetap pergi!

White Dress said...

nice one

Rhazes said...

thanks incik snickers :)

anonymous, i know u are using google translator, i appreciate it, :)
JZKK :)

thanks fadzlin :)