melentur buluh biar dari rebung,
semua org tahu pepatah ini,
tapi kurang aplikasikan dlm hidup,
mungkin terlepas pandang
mahu malaysia bersatu?
mustahil atau tidak bergantung kepada kesanggupan
kesanggupan golongan tertentu untuk,
menamatkan sekolah jenis bangsa dan gantikan kepada kebangsaan,
orang akan berkata, itu hak bangsa tertentu,
namun, apalah nilai kemandirian tradisi bangsa tertentu
jika nak dibandingkn dengan kemantapan bangsa malaysia?
yang sudah pasti terdiri dari berbilang kaum
namun begitu, apabila semua sekolah jenis bangsa dihapuskan,
adalah perlu untuk pihak tersebut, mewajibkan pengajaran bahasa pertuturan
seperti Melayu, English, Mandarin, dan Tamil secara berperingkat,
kajian menunjukkn dengan menguasai banyak bahasa, otak manusia menjadi lebih aktif,
jadi, apabila perkara diatas dilakukan,
kerajaan mahupun rakyat malaysia telah melakukan
satu perubahan yang drastik, demi mewujudkan suasana
yang kondusif untuk rakyat malaysia,
seterusnya menaikkn nama malaysia dimata dunia
untuk menamatkn dasar seperti 'pecah perintah' ini
yang telah digunapakai dari zaman british untuk membantutkan perpaduan ini,
amatlah sukar, namun akan dilaksanakan, satu hari nanti :)